Tutorial Daftar Blog Pada Enjin Carian (Ping Blog Di Google, Yahoo dan Bing)


Assalamualaikum wbt
hai korang ^.^..
Harini iollz nak bg satu pelajaran (sila dgr dan patuh! ;p) Apa Itu Enjin Carian? tau?sape xtau ley search sendiri..huhu..kejam. ioll pon xpandai sgt,buat tuto ni sekadar untuk simpanan hari tua (haha..senget!)
Bagaimana website kita tersenarai untuk dicari? Seperti mana ramai yang sedia maklum terdapat pelbagai cara supaya website atau blog kita mudah tersenarai di engine carian. Antara cara yang boleh kita buat ialah ping entry di pingler, innit nuffnang, total ping dan pelbagai jenis lagi. Tapi kali ini iollz nak kongsi agar blog kita terindeks pada mesin pencari (sgt translate! ;p), maka kita harus terlebih dahulu mendaftarkan blog milik kita pada website mesin pencari. Terdapat banyak search engine seperti Google, Yahoo serta Bing supaya blog akan terindeks di dalam carian. Apabila blog kita ingin terindeks pada mesin pencari mereka, maka kita hendaklah mendaftarkan URL blog kita. ade paham??.. baguss anak anak murid aku..

senarai enjin carian

Daftar Google
gambar logo google
Cara untuk mendaftar blog ke google;
STEP 1
Buka browser dan kunjungilah website; http://www.google.com/addurl/
STEP 2
Apabila sudah berada pada halaman pendaftaran ada beberapa langkah yang harus dilakukan iaitu dengan mengisi form yang disediakan;
URL: Isi dengan URL blog anda.
Comments: Isi dengan keyword (kata kunci) yang berhubungan dengan blog korang.
Word verification: Isi dengan huruf pengesahan yang diberikan.
STEP 3
Kemudian, klik Add URL. Selesai.

Daftar Yahoo!

gambar logo yahoo
Cara untuk mendaftar blog ke yahoo!;
STEP 1
Buka browser dan kunjungi website; https://siteexplorer.search.yahoo.com/submit
**Untuk mendaftar ke yahoo, anda harus terlebih dahulu mempunyai account yahoo kerana perlu log in terlebih dahulu ke account yahoo. Bagi yang sudah ada akaun yahoo, boleh terus login dengan username dan password korang.
STEP 2
Apabila sudah berada pada halaman pendaftaran ada beberapa langkah yang harus dilakukan ialah;
1) Klik Submit a Website or Webpage.
2) URL: Isi dengan URL blog anda.
3) Kemudian, klik Submit URL. Selesai.
STEP 3
Step 3 ini bagi memasukkan alamat feed dengan ikuti langkah berikut.
1) Klik Submit A Website Feed.
2) URL: Isi dengan URL blog anda.
3) Kemudian, klik Submit Feed.
4) Korang hanya perlu masukkan atom.xml dan klik Add Feed.
**Bagi alamat feed di blogger hanya tinggal menambahkan atom.xml atau rss.xml di belakang URL blog korang. Contohnya;
http://www.princesspinkpurplelover.blogspot.com//atom.xml
http://wwwprincesspinkpurplelover.blogspot.com//rss.xml

Daftar Bing

gambar logo bing
Cara untuk daftar blog ke Bing;
STEP 1
Buka browser dan kunjungi website; http://www.bing.com/webmaster/SubmitSitePage.aspx
STEP 2
Apabila sudah berada pada halaman pendaftaran ada beberapa langkah yang harus dilakukan iaitu dengan mengisi form yang disediakan;
1) Word verification: Masukkan dengan huruf pengesahan yang diberikan.
2) URL: Masukkan dengan URL blog korang.
STEP 3
Kemudian, klik Submit URL. Selesai.
**************************
Apabila selesai mendaftar blog korang. Sila tunggu untuk blog korang terindeks dan tersenarai dalam enjin carian. Daftar blog pada enjin carian ini tak perlu dibuat setiap hari. Cukup sekadar sekali seminggu atau mengikut tahap kerajinan korang. ^_^
Sekian, Wassalam

xoxo,
Dib

2 comments: